Bengkel KPI INSPEM 2020 (Siri 1) | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Bengkel KPI INSPEM 2020 (Siri 1)

Bengkel KPI INSPEM 2020 (Siri 1)

SERDANG – Seramai 40 peserta yang terdiri daripada ahli Pengurusan INSPEM, Penyelidik Bersekutu dan Pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional INSPEM telah hadir ke Bengkel KPI INSPEM 2020 (Siri 1) pada 18 – 19 Februari 2020 bertempat di Hotel Zenith Putrajaya.

Tujuan bengkel KPI ini adalah untuk membincangkan pencapaian & sasaran KPI utama INSPEM iaitu KPI Penyelidikan dan Inovasi, KPI Pengajian Siswazah dan KPI Jaringan Industri dan Masyarakat serta membincangkan dengan lebih strategik tindakan atau cadangan untuk mencapai KPI tersebut. Selain itu, ia juga turut menjadi platform untuk perbincangan dua hala antara pihak pengurusan dengan Penyelidik Bersekutu dalam menambahbaik tadbir urus INSPEM secara keseluruhannya. 

Penganjuran Bengkel KPI INSPEM 2020 (Siri 1) ini telah mencapai objektifnya dan berlangsung dengan jayanya.

Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEaIAE~