SERDANG – 7th International Cryptology and Information Security Conference 2020 (CRYPTOLOGY2020) anjuran bersama Institut Penyelidikan Matematik, UPM, CyberSecurity Malaysia dan Malaysian Society for Cryptology Research (MSCR) telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian pada 9 – 10 Jun 2020. Konferensi yang pertama kali dianjurkan dalam talian ini adalah forum terbuka yang merangkumi penyelidikan mengenai asas teori, aplikasi dan sebarang masalah berkaitan dala kriptologi, keselamatan maklumat dan teknologi lain.
Seramai 185 orang peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai persidangan ini. dan peserta dalam program ini. Beberapa tokoh ilmuan dari dalam dan luar negara yang terkemuka telah dijemput sebagai pembentang jemputan. Sebanyak 15 kertas kerja daripada pelbagai area dalam kriptologi telah Berjaya dikumpulkan untuk konferensi pada kali ini dan bakal diterbitkan di dalam prosiding persidangan yang telah diindeks oleh SCOPUS.
Tarikh Input: 14/06/2020 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati
Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor