Kem Matematik Kebangsaan INSPEM

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah membina jalinan kolaborasi bersama Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) dalam melaksanakan Kem Matematik INSPEM di UPM Serdang. Kolaborasi ini telah berjalan sejak tahun 2014 hingga kini. Kelainan Kem Matematik Kebangsaan INSPEM 2019 adalah pada penglibatan daripada sekolah lain iaitu SM Sains Alam Shah, SMA Persekutuan Kajang, SMAT Tengku Ampuan Rahimah, SM Integrasi Tahfiz Ilmuan dan SMK SS17.