Syarat Kemasukan dan Panduan Permohonan

 

PROGRAM

SYARAT KEMASUKAN

 
DOKTOR FALSAFAH
 

Pemohon hendaklah mempunyai:

  1. Ijazah Master secara Penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan bidang PhD yang dipohon; atau
  2. Ijazah Master secara Kerja Kursus dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 3.000; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 3.750 atau setara dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. (Mulai kemasukan Semester Pertama 2018/2019) 


 MASTER SAINS

(DENGAN TESIS)

Pemohon hendaklah mempunyai:

  1. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.750; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.500 - PNGK 2.749 hendaklah mempunyai minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dan tertakluk kepada penilaian dalaman yang teliti dan rapi oleh pihak Fakulti/Institut; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK di bawah 2.500 hendaklah mempunyai minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

 

SYARAT PENGUASAAN BAHASA INGGERIS

Syarat mengenai penguasaan Bahasa Inggeris boleh dilihat di laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah.

 

CARA UNTUK MEMOHON

Sila layari laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, UPM untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon.