Pada 15 November 2023, Institut Penyelidikan Matematik menerima kunjungan hormat delegasi daripada Darul Huda Islamic University (DHIU), India. Delegasi ini disertai oleh Assistant Professor Mohamed Jabir Ali al-Hudawi dan Dr. Abdul Hamid Moiden. Prof. Madya Dr. Sharifah Kartini Said Husain yang menjalankan tugas sebagai Pengarah INSPEM telah mempengerusikan perbincangan antara INSPEM dan DHIU. Dalam perbincangan ini, cadangan supaya diadakan program dan aktiviti berbentuk akademik dan penyelidikan yang boleh dilaksanakan untuk manfaat dan faedah bersama. Program yang dirancang akan dilaksanakan adalah penganjuran seminar pelajar pasca siswazah dan kerjasama penyelidikan dalam bidang Etnomatematik.
Dr. Sharifah Kartini berharap kerjasama ini dapat direalisasikan dan merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil DHIU di atas kesudian melawat ke INSPEM.
Date of Input: 22/12/2023 | Updated: 22/12/2023 | zaharimahad
Institute for Mathematical Research, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor