Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Perak Dan Gangsa Dalam Indes 2019 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Perak dan Gangsa dalam Indes 2019

Penyelidik INSPEM Meraih Pingat Perak dan Gangsa dalam Indes 2019

PENYELIDIK INSPEM MERAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM INDES 2019

Serdang, Selangor, 30 September – Penyelidik INSPEM telah membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya meraih pingat perak dan gangsa dalam 8th International Innovation, Invention and Design Competition (INDES 2019) yang telah berlangsung pada 19 September 2019 yang lalu di Perak. Projek penyelidikan yang bertajuk A Modified Monte Carlo Simulation to Evaluate American Style of Asian Option under Jump-Difussion Process yang diketuai oleh Encik Mohamed Faris Laham (Pegawai Penyelidik INSPEM) dan ahli projeknya, Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim (Penasihat / Penyelidik INSPEM) telah berjaya meraih pingat perak, manakala projek penyelidikan yang diketua oleh Dr. Siti Nur Iqmal Ibrahim (Penyelidik INSPEM) yang bertajuk A Mathematical Approach to Forecasting Malaysia Centrifuged Latex Prices telah berjaya meraih pingat gangsa.

INDES 2019 merupakan persidangan pameran antarabangsa yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak. Pameran ini merupakan satu platform kepada penyelidik muda agar dapat mengetengahkan produk penyelidikan mereka ke peringkat antarabangsa.

 

Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 27/11/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEYBAL~