Majlis Dialog & Penyampaian Anugerah Siswazah INSPEM 2020 | INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
» BERITA » Majlis Dialog & Penyampaian Anugerah Siswazah INSPEM 2020

Majlis Dialog & Penyampaian Anugerah Siswazah INSPEM 2020

Dis, 7 2020. Unit Pengajian Siswazah INSPEM telah mengadakan Majlis Dialog & Penyampaian Anugerah Siswazah INSPEM 2020 secara atas talian menggunakan aplikasi zoom bermula jam 9.30 pagi – 12.15 tengahari. Program ini telah dihadiri seramai 70 orang terdiri daripada pihak pengurusan INSPEM, penyelidik bersekutu dan pelajar-pelajar siswazah INSPEM. Selain sesi taklimat dan soalan jawab mengenai pengajian siswazah di INSPEM, penyampaian anugerah siswazah bagi pencapaian cemerlang pelajar dalam aktiviti penerbitan, pembentangan dan kehadiran ke seminar mingguan INSPEM sepanjang tahun 2019 turut diadakan. Senarai pemenang adalah seperti berikut: 

1) Excellence in Weekly Seminar Participation 2019

  1. Hossein Ali Gholami
  2. Auwal Abdullahi
  3. Mohammad Baba Ali

2) Excellence in Scholarly Publication 2019

  1. Najiyah Safwa Khashi’ie
  2. Siti Nur Alwani Binti Salleh
  3. Khairum Hamzah
  4. Goh Rui Ying
  5. Muhammad Sofwan Mahmud
  6. Amir Hamzah Abd Ghaffar  

3) Excellence in Scholarly Events Participation 2019

  1. Khairum Hamzah
  2. Amir Hamzah Abd Ghaffar
  3. Norhaniza Abdul Hamid
  4. Divo Dharma Silalahi

Pada majlis ini juga, seramai 14 orang pelajar baharu bagi semester kedua 2019/ 2020 dan semester pertama 2020/ 2021 memperkenalkan diri dan diakhiri dengan mesyuarat agong Kelab Siswazah INSPEM. 

Para pemenang anugerah Excellence in Scholarly Publication 2019 telah menyediakan video pembentangan penyelidikan masing-masing seperti di pautan berikut:

https://youtu.be/tJPG3arJ7zo (Najiyah)

https://youtu.be/kBVJ6xdlIAI (Alwani)

https://youtu.be/1FCONbD5oV8 (Khairum)

https://youtu.be/5jbJGua3eh0 (Sofwan)

https://youtu.be/sU8Y4VsblNQ (Amir)

Tarikh Input: 10/12/2020 | Kemaskini: 10/12/2020 | noorizzati

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769-6878
00-0000-0000
SXEZRAk~