Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia telah menerima tiga orang saintis pelawat. Dua saintis pelawat dari Jabatan Matematik, Taif University, Arab Saudi. Nama mereka ialah Prof. Dr. Abdelmooty Mohamed Abd-Alla Ahmed (25 September hingga 10 Oktober 2014) dan Assoc. Prof. Dr. El-Sayed Mohamed Abo-Dahab Khedary (25 September hingga 17 Oktober 2014). Mereka akan menjalankan penyelidikan bersama dengan Prof. Dr. Adem Kilicmen dari Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur. Saintis pelawat yang terakhir adalah Prof. Dr. Bakhadyr Khoussainov (1 Oktober 2014) dari Jabatan Sains Komputer, University of Auckland, New Zealand. Beliau berkhidmat dibawah Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik bersama dengan Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin. Beliau akan menyampaikan satu woksyop yang bertajuk One Day Workshop On Games Played On Graphs. Woksyop ini akan diadakan pada 1st October 2014 bertempat Bilik Seminar Al-Farabi.
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor