| INSTITUT PENYELIDIKAN MATEMATIK

Inisiatif Keterlihatan INSPEM melalui penganjuran Bengkel Penulisan Rencana Popular

SERDANG, 1 Oktober  – Dalam meletakkan Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) sebagai salah sebuah institusi yang menerajui dalam bidang sains bermatematik di Malaysia, INSPEM telah menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana Popular INSPEM pada 1 Oktober 2020. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi, UPM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih warga INSPEM dalam penulisan rencana popular serta meletakkan INSPEM sebagai salah sebuah institusi yang mempromosi kajian sains bermatematik melalui keterlihatan media.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Ts. Dr. Syed Agil bin Syed Alsagoff dari Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi, En. Khairul Anuar Muhamad Noh, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat, Pejabat Strategi Korporat Dan Komunikasi dan Pn. Norliza Abdullah, Bekas Editor Berita Harian. Hadir sama ke bengkel ini adalah Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Kamel Ariffin, Pengarah INSPEM. Penganjuran bengkel ini merupakan langkah awal INSPEM bagi menggalakkan lagi penyelidik berkongsi ilmu dan penyelidikan masing-masing dengan masyarakat melalui bidang penulisan rencana popular.  

 

SXETVAQ~