Fakta dan Angka

Aktiviti penyelidikan di INSPEM ditadbir dan diselaraskan mengikut bidang masing-masing di bawah Laboratori Kriptografi, Analisis dan Struktur (dahulu dikenali sebagai Laboratori Matematik Teori/Laboratori Pengajian Teori), Laboratori Statistik Komputasi dan Penyelidikan Operasi (dahulunya dikenali sebagai Laboratori Statistik dan Matematik Gunaan/Statistik Komputasi dan Gunaan), Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik (dahulu dikenali sebagai Laboratori Sains Bermatematik dan Aplikasi/Sains Berkomputasi dan Informatik) dan Laboratori Etnomatematik dan Didaktik (dahulunya dikenali sebagai Laboratori Pendidikan dan Literasi Matematik/ Inovasi dalam Pendidikan Matematik). 

Bagi memastikan urusan pentadbiran khusus berjalan lancar dan cekap beberapa unit pentadbiran khusus telah diwujudkan. Unit ini adalah Unit Sumber Manusia dan Kewangan, Unit Pengajian Siswazah dan Hubungan Antara Agensi, Unit Pentadbiran Penyelidikan, Unit Pusat Sumber dan Penerbitan dan Unit Pembangunan dan Sumber. Bilangan staf INSPEM pada masa kini adalah 3 orang staf Pengurusan dan Profesional (Akademik), 12 orang pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) dan 9 orang pegawai pelaksana. Jumlah yang disebutkan di atas adalah merangkumi semua staf tetap, kontrak dan juga sambilan.


Jumlah keseluruhan geran penyelidikan yang diperoleh INSPEM dari awal penubuhan sehingga tahun terkini.

Selain penyelidikan, INSPEM juga menawarkan program Master dan PhD dalam beberapa bidang pengajian. Pada masa kini, jumlah keseluruhan pelajar siswazah INSPEM adalah seramai 152 orang iaitu 60 orang pelajar Master dan 92 orang pelajar PhD. Senarai bidang pengajian di INSPEM pula adalah seperti berikut:

  1. Kriptografi Bermatematik
  2. Matematik Analitik dan Struktur
  3. Matematik Kewangan
  4. Statistik Gunaan dan Komputasi
  5. Penyelidikan Operasi Berkomputasi
  6. Biologi Bermatematik dan Berkomputasi
  7. Matematik Berkomputasi
  8. Fizik & Kejuruteraan Matematik
  9. Dinamik Bendalir
  10. Elektromagnetik Berkomputasi
  11. Struktur Bolehkomputasi dan Komputasi Saintifik
  12. Pendidikan Matematik
  13. Sejarah dan Falsafah Matematik
  14. Etnomatematik

 

Hasil penyelidikan institut ini telah disebarkan melalui pembentangan dalam forum sama ada dalam atau luar negara. Sejak penubuhan INSPEM telah berjaya menghasilkan 1043 jurnal petikan indek, 227 jurnal bukan petikan indek, 1082 prosiding, 39 buku, 68 penerbitan judul dalam buku, 4 paten dan 60 copyright termasuk buku dan perisian.